Video link: https://fb.watch/9JD_ZzgQPd/
Ucapan Perbahasan Perbekalan 2022, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna peringkat Jawatankuasa. oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 25-11-2021
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya turut ingin menyertai perbahasan peringkat jawatankuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup. Semalam saya telah menyebut bahawa kenaikan harga sayur- sayuran mencecah 200 peratus, harga ayam naik dan petang tadi Timbalan Menteri Pertanian gagal memberikan apa-apa maklum balas. Ini sangat mendukacitakan. Isu nasional yang begitu besar dan gagal memberikan jawapan.
Saya telah menerima maklum balas dan rungutan bahawa harga roti sebuku 400 gram bakal naik effective 1 Disember dari RM2.50 naik 30 sen ke RM2.80. Harga roti pula naik. Sayur-sayuran naik, harga ayam naik, telur naik, harga roti juga naik dan saya minta Menteri jangan elak jawapan seperti Timbalan Menteri Pertanian tadi.
Terus terang sama ada satu inflasi yang mendadak akan bakal datang, consumer price index akan naik mendadak. Itu kah caranya kerajaan Perdana Menteri yang baharu menyambut 100 hari pentadbirannya. Dengan semua harga- harga makanan asas naik dan kegagalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengawal kos-kos bahan utama.
Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Mengikut harga yang saya semak tadi Malaysia Palm Oil Board RM5303.50 metrik ton pada pagi ini dan harga crude palm oil (CPO). Peningkatan harga minyak sawit mentah CPO price secara global telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan dalam Skim Penstabilan Harga Minyak Masak dan kita hanya masih mengekalkan RM400 juta peruntukan untuk Bajet 2022. Saya meragui sama ada kita masih lagi boleh menjalankan program ini dengan kenaikan harga CPO yang berterusan.
Saya menerima banyak rungutan dari orang ramai dan juga peniaga-peniaga bahawa mereka gagal dan tidak dapat membeli minyak masak bersubsidi tersebut. Ini bukan sahaja di Pulau Pinang tapi di merata tempat. Minyak masak polybeg dengan berat satu kilogram berharga RM2.50 susah untuk mendapat bekalan minyak masak bersubsidi.
Sepatutnya COSS ini dengan tax, dengan jangkaan Cukai Makmur yang dikenakan, dengan kenaikan levi daripada 1.5 peratus kepada 3.0 peratus untuk Cukai Levi Profit Keuntungan untuk Sabah dan Sarawak, sepatutnya kita boleh mendatangkan income yang lebih banyak. Kenapa kita gagal pula menaikkan peruntukan untuk Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) ini untuk menjamin bekalan tersebut. Khasnya aduan tidak mendapat bekalan minyak masak bersubsidi menjelang perayaan.
Saya juga ingin membangkitkan isu tentang Butiran 040500 – Program Pengedaran Barang Perlu, LPG (Tong Gas Petroleum Cecair). Saya banyak membaca laporan dan menerima aduan terdapat ketirisan yang berterusan tentang program ini seperti penyeludupan tong gas di sempadan. Ketirisan tersebut berlanjutan sehingga pada asalnya ingin membantu isi rumah tetapi telah digunakan di commercial outlet, kedai dobi, restoran-restoran dan sebagainya. Sama ada satu program rasionalisasi akan dijalankan terhadap LPG bersubsidi ini.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin bangkitkan satu perkataan akhir, Butiran 13006 – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pagi tadi, Menteri Perdagangan Antarabangsa menyatakan bahawa akan meratifikasi terhadap RCEP dan perlu pindaan tiga undang-undang domestik Harta Intelek dan Malaysia bakal menjadi negara ke tujuh di ASEAN untuk meratifikasi RCEP.
Saya ingin bertanyakan sama ada Menteri boleh komited untuk membentangkan pindaan rang undang-undang. Tiga Undang-undang Domestik Harta Intelek dibawa oleh kementerian ini untuk dibahas dan diluluskan di Parlimen pada bulan Disember. Itu sahaja Tuan Pengerusi.
No comments:
Post a Comment